12052009: Homeless
Focal Lenght: 55mm
F-Number: F/5.6
Exposure Time: 1/15
ISO Speed: ISO-100
Melihatkan saja dari gambar ini telah terbayang berapa peritnya hidup seorang tua yang tiada tempat selesa untuk berteduh. Kemanakah perginya anak-anak mahupun saudara mara terdekatnya? Inikah yang dikatakan negara yang pesat membangun? Sedangkan masih ada orang yang tidak berumah dan tidak terurus makan minumnya. Gambar ini sepatutnya memberi kesedaran kepada semua. Tak kira tua ataupun muda. Yang tua, inilah akibatnya kerana kelalaian mereka pada waktu muda. Pada yang muda, jangan terlalu alpa, mungkin ini yang akan terjadi pada anda suatu hari nanti. Jadi, beringat-ingatlah. Bersedialah. Nasib tidak selalunya menyebelahi kita.
Advertisement


